Puteri UMNO harus bersatu !




Dahulu ketika permulaan pertubuhan Pergerakan Puteri UMNO, kita dapat lihat semangat daripada ahli-ahli pergerakan amat tinggi. Ketika itu dapat diperhatikan di mata mereka, semangat perjuangan untuk membantu UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai orang lama dalam pergerakan, saya dapat melihat betapa sucinya ahli-ahli pergerakan yang mula-mula menyertai Puteri UMNO. Jelas ketika itu, tiada isu perebutan kuasa, tiada isu dengki - mendengki, tiada isu kepentingan peribadi. Hanya bagaimana cara hendak memastikan Puteri UMNO diterima oleh rakyat Malaysia.

Kini, ramai daripada mereka telah banyak membanggakan pergerakan. Jika dari dulu mereka hanyalah ahli biasa, yang dilatih dengan pelbagai program bagi menyediakan diri mereka untuk menghadapi karenah politik. Kini ada yang sudah menjadi Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, dan sebagainya.

Pergerakan pernah diuji ketika pemilihan Ketua Puteri UMNO yang kedua dimana kita menghadapi masalah ahli-ahli yang bersikap berpuak-puak. Ketika itu boleh dikatakan terdapat 6 puak utama yang inginkan kuasa sebagai Ketua Puteri UMNO. Pelbagai cara digunakan mereka demi kepentingan masing-masing. Penulis ketika itu dapat melihat perpecahan yang ketara diantara ahli-ahli pergerakan. Ada yang sanggup memfitnah, mengugut, menyerang dan macam-macam lagi.

Penulis amat sedih melihat perpecahan ini. Beginikah Puteri UMNO yang dahulunya ibarat kain putih, suci tanpa warna-warna gelap mengotorinya..tetapi kini, akibat tamakkan kuasa, wang, pengaruh, mereka sanggup menggadaikan perjuangan utama pergerakan ketika Mula-mula Puteri UMNO ditubuhkan.

Setiap kali penulis bersendirian, lagu Puteri UMNO akan penulis mainkan di komputer. Bait-bait lirik di dalam lagu itu jelas menaikkan semangat penulis. Terbayang ketika lagu itu pertama kali didengarkan di dalam dewan yang penuh dengan ahli pergerakan. Tepukan gemuruh, malah ada yang menitiskan air mata kerana bangga dengan Puteri UMNO.

Marilah wahai ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO, kita ingat kembali tujuan utama kita di sini..kita kembali kepada niat utama kita, Marilah kita bersama-sama buangkan sifat tamakkan kuasa, wang dan pengaruh itu. Bersatulah wahai puteri-puteri tercinta, bersatulah di bawah kepimpinan Ketua Puteri UMNO yang kita sayangi YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bersama beliau marilah kembali ke perjuangan asal kita!

Kamilah Puteri Perwaris Bangsa dan Negara!
Rela untuk berkorban harta dan nyawa..
Demi agama, bangsa dan negara ..
PUTERI UMNO terus mara !!!

2 comments:

  1. Puteri Sipitang (Unit IT)March 17, 2011

    Love so much puteri umno. Bangunlah, sedarlah. Perjuangan kita semakin mencabar. Usah memikirkan kepentingan diri semata. Apa yang penulis katakana ini perlu diberi perhatian

    ReplyDelete
  2. Puteri KulaiMarch 27, 2011

    Kita bangun sama sama kita tempur sama sama kita gerak bersama demi masa depan generasi perwaris kita...

    ReplyDelete