1 Rumah 1 Penyelamat - A Doctor In Each House


Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kini akan mengadakan satu kursus berkenaan penjagaan keselamatan seisi keluarga. Kursus yang diberi nama 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini bakal menyediakan informasi dari segi pengetahuan dan juga praktikal penting yang akan diberikan kepada peserta kursus.

Matlamat utama program kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dilakukan ketika sesuatu kecemasan sedang berlaku di persekitaran sekeliling.


Adalah menjadi Visi Utama YB Datuk Rosnah agar setiap isi keluarga sekurang-kurangnya akan mempunyai seorang ahli keluarga mereka yang mempunyai pengetahuan dalam memberikan rawatan kecemasan.

Pengetahuan di dalam Rawatan Kecemasan amat penting dimana dengan adanya tindakan awalan seseorang yang berupaya memberi rawatan kecemasan dapat menentukan keselamatan nyawa seseorang ketika keadaan kecemasan.

Sebagai contoh teknik pernafasan kecemasan iaitu CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Terdapat beberapa teknik CPR yang boleh digunakan mengikut sesuatu keadaan kecemasan. Melalui kaedah CPR yang betul, satu nyawa mungkin dapat diselamatkan.

Ini merupakan salah satu teknik rawatan kecemasan yang bakal dipelajari oleh peserta kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT anjuran Puteri UMNO.

Mari bersama-masa Puteri UMNO, meningkatkan pengetahuan kita demi keselamatan keluarga tercinta.





1 RUMAH 1 PENYELAMAT
A DOCTOR IN EACH HOUSE





1 comment:

  1. sharifah sheilaMarch 27, 2011

    Cadangan yg amat baik untok kita pelajari bersama. Dimana malang tak berbau apa apa pun boleh berlaku dimana mana, tak kira waktu tak kira tempat langkah yg terbaik sedia kan payung sebelum hujan. ikutilah kurusu SPR ini agar kita tidak menyasal sekiranya peraka seperti serangan jantung berlaku dirumah kita sendiri, atau disekeliling kita.

    ReplyDelete