KUALA LUMPUR, 17 Mac - Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan pakatan pembangkang yang jelas tidak lagi relevan dan konsisten. "Buktinya jelas, apa yang berlaku di Semenanjung (pilihan raya kecil) adalah contoh dan signal yang begitu jelas bahawa mereka ini ditolak, bukan disebabkan orang lain, tapi pakatan itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Khamis.
Beliau berkata parti komponen di dalam pakatan pembangkang mempunyai objektif berbeza antara satu sama lain dan hanya akan menimbulkan masalah apabila memimpin kelak. Rosnah yang juta timbalan menteri kesihatan memberikan contoh objektif PAS adalah untuk menubuhkan negara Islam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelamatkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP pula menubuhkan negara mengikut acuan parti itu sendiri. Komponen pakatan pembangkang umpama 'tidur sebantal, mimpi lain-lain', katanya. Rosnah juga berkata Puteri Umno sedang berusaha menambahkan keahlian pergerakan itu melalui pelbagai program yang diadakan. -- BERNAMA
KeAhlian Puteri UMNO semakin memberangsangkan dimana seluruh Negeri diwajibkan berusaha lebih ke arah penambahan keAhlian Puteri UMNO . Dato Rosnah berkata jangan sesekali kita berasa selesa dengan keAhlian yg ada, dalam sehari beratus puteri berusia 36 tahun sekali gus mereka ini akan beralih kepada Wanita, dan beratus juga dengan sendirinya keAhlian Puteri berkurangan. Tapi yg diluar sana beribu pula yg masih tercari cari bagaimana hendak mendaftar menjadi Ahli Puteri. Disini lah peranan Puteri untok menambahkan keAhlian Puteri.
ReplyDelete