Pertandingan Pemidato Wanita Muda Puteri UMNO


Satu pertandingan pidato akan dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pertandingan terbuka kepada ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO negeri-negeri di Malaysia.

Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 2 orang peserta sahaja yang dipilih berdasarkan pertandingan yang dijalankan diperingkat negeri.

10 Pemidato terbaik akan dipilih untuk bersaing di Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 16 dan 17 haribulan April 2011 bertempat di Dewan Tun Hussien Onn (A) PWTC.

Syabas Puteri UMNO Subang !


Puteri UMNO bahagian Subang hari ini menjadi tajuk akhbar Berita Harian. Syabas kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat di Subang. Dengan diketuai oleh Puan Herni Azura Ghafar, pelbagai program telah dijalankan dan banyak lagi yang akan menyusul.

"Kami mahu menarik minat golongan ini supaya mengundi kami dengan rela hati pada pilihan raya umum yang akan datang." Katanya.

Ketua Puteri UMNO Subang ini juga mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri dengan golongan belia di kawasannya. Beliau sedar akan kepentingan mendapatkan sokongan para golongan belia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Matlamat utama mereka ialah ingin merampas kembali kawasan Subang daripada pihak pembangkang. Penulis amat berbangga dengan usaha yang mereka tunjukkan. Ini akan menjadi pembakar semangat kami untuk lebih berusaha demi mencapai matlamat kami.

Bersatu padulah wahai Puteri-puteri
kepentingan peribadi harap dilupakan
masa depan bangsa dan negara jangan digadaikan

Tahniah Datin Seri Rosmah Mansur



Sekali lagi golongan wanita telah mencipta sejarah. Ucapan Tahniah daripada kami Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kepada Datin Seri Rosmah Mansur di atas penghargaan Anugerah Kehormat Persekutuan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan (FIMS) yang telah disampaikan oleh DrFabio Pigozzi sebagai pengiktirafan jasa beliau dalam mempromosi banyak aktiviti sukan serta menyokong badan-badan sukan di negara ini.

Pergerakan Puteri UMNO sentiasa menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai Ikon Wanita yang banyak memberi inspirasi kepada perjuangan Puteri UMNO. Kebijaksanaan, Ketabahan, Kesetiaan, dan Kegigihan Datin Seri Rosmah dalam memartabatkan golongan Wanita amat kami hargai.


Takziah dari Puteri UMNO Malaysia


Ucapan Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Diraja Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di atas kemangkatan Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah pada jam 1.07 pagi tadi di Pusat Rawatan Seri Kota, Klang, Selangor.

Kami ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berharap agar keluarga Diraja tabah dalam menghadapi dugaan Allah SWT ini. Marilah kita semua rakyat mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya.

Al-Fatihah

Ketua Puteri UMNO : Tolak Kepimpinan Pembangkang


KUALA LUMPUR, 17 Mac - Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan pakatan pembangkang yang jelas tidak lagi relevan dan konsisten. "Buktinya jelas, apa yang berlaku di Semenanjung (pilihan raya kecil) adalah contoh dan signal yang begitu jelas bahawa mereka ini ditolak, bukan disebabkan orang lain, tapi pakatan itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Khamis.

Beliau berkata parti komponen di dalam pakatan pembangkang mempunyai objektif berbeza antara satu sama lain dan hanya akan menimbulkan masalah apabila memimpin kelak. Rosnah yang juta timbalan menteri kesihatan memberikan contoh objektif PAS adalah untuk menubuhkan negara Islam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelamatkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP pula menubuhkan negara mengikut acuan parti itu sendiri. Komponen pakatan pembangkang umpama 'tidur sebantal, mimpi lain-lain', katanya. Rosnah juga berkata Puteri Umno sedang berusaha menambahkan keahlian pergerakan itu melalui pelbagai program yang diadakan. -- BERNAMA

Puteri UMNO harus bersatu !




Dahulu ketika permulaan pertubuhan Pergerakan Puteri UMNO, kita dapat lihat semangat daripada ahli-ahli pergerakan amat tinggi. Ketika itu dapat diperhatikan di mata mereka, semangat perjuangan untuk membantu UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai orang lama dalam pergerakan, saya dapat melihat betapa sucinya ahli-ahli pergerakan yang mula-mula menyertai Puteri UMNO. Jelas ketika itu, tiada isu perebutan kuasa, tiada isu dengki - mendengki, tiada isu kepentingan peribadi. Hanya bagaimana cara hendak memastikan Puteri UMNO diterima oleh rakyat Malaysia.

Kini, ramai daripada mereka telah banyak membanggakan pergerakan. Jika dari dulu mereka hanyalah ahli biasa, yang dilatih dengan pelbagai program bagi menyediakan diri mereka untuk menghadapi karenah politik. Kini ada yang sudah menjadi Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, dan sebagainya.

Pergerakan pernah diuji ketika pemilihan Ketua Puteri UMNO yang kedua dimana kita menghadapi masalah ahli-ahli yang bersikap berpuak-puak. Ketika itu boleh dikatakan terdapat 6 puak utama yang inginkan kuasa sebagai Ketua Puteri UMNO. Pelbagai cara digunakan mereka demi kepentingan masing-masing. Penulis ketika itu dapat melihat perpecahan yang ketara diantara ahli-ahli pergerakan. Ada yang sanggup memfitnah, mengugut, menyerang dan macam-macam lagi.

Penulis amat sedih melihat perpecahan ini. Beginikah Puteri UMNO yang dahulunya ibarat kain putih, suci tanpa warna-warna gelap mengotorinya..tetapi kini, akibat tamakkan kuasa, wang, pengaruh, mereka sanggup menggadaikan perjuangan utama pergerakan ketika Mula-mula Puteri UMNO ditubuhkan.

Setiap kali penulis bersendirian, lagu Puteri UMNO akan penulis mainkan di komputer. Bait-bait lirik di dalam lagu itu jelas menaikkan semangat penulis. Terbayang ketika lagu itu pertama kali didengarkan di dalam dewan yang penuh dengan ahli pergerakan. Tepukan gemuruh, malah ada yang menitiskan air mata kerana bangga dengan Puteri UMNO.

Marilah wahai ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO, kita ingat kembali tujuan utama kita di sini..kita kembali kepada niat utama kita, Marilah kita bersama-sama buangkan sifat tamakkan kuasa, wang dan pengaruh itu. Bersatulah wahai puteri-puteri tercinta, bersatulah di bawah kepimpinan Ketua Puteri UMNO yang kita sayangi YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bersama beliau marilah kembali ke perjuangan asal kita!

Kamilah Puteri Perwaris Bangsa dan Negara!
Rela untuk berkorban harta dan nyawa..
Demi agama, bangsa dan negara ..
PUTERI UMNO terus mara !!!

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia


Hari ini. Puteri UMNO telah mengadakan Soft Launch Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011 di Ampang Sports Planet. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah penyelarasan Biro Sukan dan Kecergasan.

Kejohanan berprestij ini telah dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Berikut adalah maklumat kejohanan :

Tarikh : 30hb April, 1hb Mei & 2hb Mei 2011
Tempat : Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya

Penyertaan adalah terbuka kepada Wanita warganegara dan seluruh pasukan di Malaysia sahaja. Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan iaitu :

Juara: RM8,000-00 + Piala + Medal
Naib Juara: RM5,000-00 + Medal
Ketiga: RM3,000-00 + Medal
Keempat: RM1,000-00 + Medal
Kelima - Kelapan: RM500-00
Kesembilan - Keenambelas : RM300-00

Yuran Penyertaan adalah seperti berikut :

Ahli Puteri - RM150-00 ( Tanpa Penginapan )
- RM250-00 ( Dengan Penginapan )

Bukan Ahli - RM250-00 ( Tanpa Penginapan )
- RM350-00 ( Dengan Penginapan )

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendapatkan borang penyertaan melalui



2. Hubungi atau hadir ke Urusetia Kejohanan di Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4041 3900 Faks : 03-4041 7339

3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas atau email (admin@puteriumno.my / faks : 03-4041 3779 beserta bukti pembayaran.


Marilah bersama memeriahkan lagi kejohanan ini !

Puteri UMNO Terkilan...Maafkan Kami..


Dunia telah dikejutkan dengan berita bencana alam yang berlaku ke atas rakan negara kita iaitu Jepun. Walaupun ahli-ahli Puteri UMNO mempunyai pengalaman dalam membantu mangsa-mangsa Tsunami di Acheh pada tahun 2004, tetapi niat murni Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah serta para-para sukarelawan Puteri UMNO untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami di Jepun tidak kesampaian.

Pelan bantuan kemanusiaan di Jepun telah pun dirangka oleh kami, namun akibat krisis letupan kilang nuklear yang berpunca daripada tsunami tersebut, maka sebagai Ketua Puteri UMNO dan juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah terpaksa membatalkan rancangan bantuan kemanusiaan. Keselamatan dan kesihatan ahli Puteri UMNO juga harus diambil kira.

Krisis penyebaran pancaran radiasi nuklear akibat letupan berterusan di kilang Fukushima semakin menjadikan sebarang usaha bantuan kemanusiaan adalah mustahil pada masa ini. Malah pihak negara Jepun sendiri tidak memberi keizinan untuk Malaysia menghantar sebarang bantuan kerana bimbang akan keadaan keselamatan di negara mereka.

Puteri UMNO sentiasa memantau keadaan di Jepun, dan akan sentiasa menyokong pihak kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami sentiasa bersedia jika pihak kerajaan memerlukan bantuan dari pihak Puteri UMNO di dalam usaha bantuan kemanusiaan di Jepun. Kami Prihatin !

Ketua Puteri UMNO : Buktikan Tuduhan Berniat Jahat !

KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO, YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN MENDESAK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENJALANI UJIAN DNA

Pergerakan Puteri UMNO menyertai pelbagai pihak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani ujian DNA dan memberikan sampel ujian tersebut kepada mahkamah bagi mengangkat keadilan yang selama ini didakwa oleh beliau tidak memihak kepadanya.

Jika Anwar benar-benar ikhlas dalam perjuangannya yang selama ini disifatkannya bertunjangkan `keadilan’, maka inilah masa serta peluang yang terbaik untuk beliau membuktikan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah dan tuduhan liwat ke atas beliau sememangnya berniat jahat.

Sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati oleh para pengikutnya (biarpun jumlah yang datang memberi sokongan sangat sedikit berbanding perbicaraan pertama), Anwar sepatutnya menyahut permohonan pihak pendakwaan kepada mahkamah supaya beliau memberikan sampel tersebut bagi tujuan ujian profil DNA.

Pergerakan Puteri UMNO yakin bahawa Anwar mahu membersihkan namanya daripada tuduhan liwat ke atas Saiful Bahari dan hanya dengan menyerahkan sampel DNAnya, nama baik serta imej beliau dapat dibersihkan terutamanya jika Anwar benar-benar yakin bahawa beliau tidak bersalah.

Agak pelik apabila Anwar berdiam diri berhubung desakan tersebut sedangkan barisan peguamnya yang hebat seolah-olah berasa bangga dan telah beroleh kemenangan apabila mahkamah menolak sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Kuala Lumpur sebagai bukti kerana kesemua barangan itu diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Sindrom berdiam diri berhubung desakan tersebut mesti diperjelaskan kerana ia memberi gambaran bahawa Anwar bukan sahaja tidak mahu memberikan kerjasama bagi melancarkan perjalanan kes liwat beliau, malah beliau adalah seorang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan kebenaran sedangkan beliau sepatutnya bertindak `berani kerana benar’ dan bukannya, `takut kerana salah’.

Sekian, terima kasih

YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

1 Rumah 1 Penyelamat - A Doctor In Each House


Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kini akan mengadakan satu kursus berkenaan penjagaan keselamatan seisi keluarga. Kursus yang diberi nama 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini bakal menyediakan informasi dari segi pengetahuan dan juga praktikal penting yang akan diberikan kepada peserta kursus.

Matlamat utama program kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dilakukan ketika sesuatu kecemasan sedang berlaku di persekitaran sekeliling.


Adalah menjadi Visi Utama YB Datuk Rosnah agar setiap isi keluarga sekurang-kurangnya akan mempunyai seorang ahli keluarga mereka yang mempunyai pengetahuan dalam memberikan rawatan kecemasan.

Pengetahuan di dalam Rawatan Kecemasan amat penting dimana dengan adanya tindakan awalan seseorang yang berupaya memberi rawatan kecemasan dapat menentukan keselamatan nyawa seseorang ketika keadaan kecemasan.

Sebagai contoh teknik pernafasan kecemasan iaitu CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Terdapat beberapa teknik CPR yang boleh digunakan mengikut sesuatu keadaan kecemasan. Melalui kaedah CPR yang betul, satu nyawa mungkin dapat diselamatkan.

Ini merupakan salah satu teknik rawatan kecemasan yang bakal dipelajari oleh peserta kursus 1 RUMAH 1 PENYELAMAT anjuran Puteri UMNO.

Mari bersama-masa Puteri UMNO, meningkatkan pengetahuan kita demi keselamatan keluarga tercinta.





1 RUMAH 1 PENYELAMAT
A DOCTOR IN EACH HOUSE