Insurans Diri Anda Bersama Kad Hawa. Nikmati Kelebihannya !

Golongan wanita kini berpeluang untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk diri mereka dengan hanya memiliki Kad Hawa yang memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000. Apa yang menarik, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk memiliki kad tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata
Kad itu meliputi perlindungan ragut, kematian akibat kemalangan atau hilang keupayaan kekal, kehilangan wang tunai dan barangan peribadi berharga serta rompakan di Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

Program dengan kerjasama RealRewards ini diperkenalkan khas bagi melindungi wanita yang seringkali menjadi sasaran utama jenayah.

Lebih menarik lagi, perlindungan insurans untuk tahun pertama adalah percuma dan pemegang kad perlu memperbaharui kad itu untuk tahun seterusnya.

Berita baik bagi wanita di Malaysia, Kad Hawa ini juga boleh digunakan untuk mengumpul mata ganjaran dan berfungsi juga sebagai kad diskaun untuk 1,300 rakan niaga RealRewards.

Program Setulus Bakti Puteri / Felcra Bersama Masyarakat Padang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan Kuala Kangsar

puteri_bersama_felcra


Ucapan perasmian majlis oleh Y.A.B Menteri Besar Perak




Pelancaran jentera pilihan raya Puteri UMNO Perak

Antara Jabatan kerajaan yang mengambil bahagian memberi khidmat percuma kepada rakyat

Jamuan makan tengahari santai sambil bersila



Tetamu jemputan menikmati makan tengahari

Puteri sedang menikmati jamuan tengahari

Pengerusi Felcara Berhad sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima

Program Puteri Prihatin 2011


Selamat Hari Jadi YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin




Titah Sultan Selangor Kepada Penganjur BERSIH !



HULU SELANGOR : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar rakyat menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan pendapat bagi mengelakkan tercetusnya suasana tegang dalam negara.

Baginda menyeru agar rakyat Melayu di negeri Selangor supaya bersatu-padu dan mengelakkan perbalahan disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

"Sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara," titah Baginda di perasmian Masjid Masjid As-Salam, Bukit Sentosa tengahari tadi.

"Malah Beta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor ini," titah beliau lagi.

Sultan Selangor turut mengingatkan bahawa masjid dan surau tidak harus digunakan sebagai tempat berkumpul bertujuan untuk menyertai sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Baginda turut menggesa semua pihak memastikan rumah ibadat Islam di Selangor kekal bebas daripada sebarang anasir politik berkepentingan.

"Justeru, langkah pencegahan di peringkat awal amat perlu supaya masjid kekal sebagai tempat awam dan berkecuali dari segala pengaruh politik dan mana-mana pihak yang berkepentingan," titahnya lagi.


"Masjid dan surau janganlah digunakan sebagai tempat tidur atau berkumpul oleh mereka-mereka yang datang dari tempat lain untuk menyertai demonstrasi jalanan atau perhimpunan-perhimpunan yang diharamkan oleh pihak berkuasa," titah Sultan Sharafuddin.

"Jika orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah ini kerana masjid dan surau adalah tempat suci dan mulia serta tempat untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala," titah baginda lagi.

PAS Hanya Alat. DAP Ketua Sebenar


Kerajaan telah berjaya mematahkan pertembungan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian ini telah membawa kepada penubuhan MAGERAN untuk memulihkan kestabilan dan penyususnan semula masyarakat.

Kerajaan juga berjaya cemerlang menghapuskan tindakan militan Ustaz Politik Ibrahim Libya dalam Peristiwa Memali 1985 dan Kumpulan Al-Maunah pada tahun 2000.

Pada tahun 2007 satu percubaan membangkitkan huru-hara melalaui Demonstrasi Bersih 1 telah berjaya diadakan oleh Gerombolan Parti Pembangkang semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pihak Polis sekali lagi berjaya membanteras gerakan yang tidak diperlukan di negara kita ini.

Hari ini para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba mengadakan gangguan sivil untuk mewujudkan suasana kucar-kacir yang tidak dikehendaki oleh seluruh Rakyat Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangkakan akan diadakan pada 9 Julai ini mendapat banyak tentangan daripada rakyat.

Pihak pembangkang lupa bahawa sekarang adalah era Dato' Seri Najib mengetuai kerajaan. Dato' Seri Najib sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat mengatasi segala-galanya.

Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba melupakan bahawa kuasa yang ada pada Dato' Seri Najib adalah kuasa dan mandat yang diamanahkan oleh Rakyat untuk kepentingan rakyat. Maka sebagai langkah permulaan pihak polis sudah merayu, memohon dan memberi amaran supaya demonstrasi ini tidak diteruskan.

Rayuan dan larangan oleh pihak polis ini nampaknya tidak disenangi oleh para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang di negara kita.

Namun itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berdiam diri. Barang siapa pun tidak kira dari pihak mana yang mahu menimbulkan kekacauan di Negara sehingga boleh mengancam keselamatan rakyat, akan ditentang habis-habisan.

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Demonstrasi jalanan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, ianya hanya mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Bersama kita tentang Perhimpunan Bersih 2.0 !

Perasmian 1Belia, 1Puteri dan Perhimpunan " Pink Village "

Perasmian 1Belia, 1Puteri dan Perhimpunan " Pink Village "







Pergerakan Puteri UMNO telah melancarkan Program 1Belia 1Puteri pada 27 Mei 2011 sempena Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya. Majlis telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Pada hari perhimpunan terbesar dalam sejarah yang dihadiri golongan belia tersebut, Puteri UMNO telah mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan "Pink Village" dimana perhimpunan ini telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 ahli Puteri UMNO daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Turut menyerikan perhimpunan Pink Village tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan Penyanyi terkenal, Hattan.






Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melahirkan rasa kagumnya dengan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh Ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada perhimpunan Sejuta Belia ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, menyifatkan sikap yang ditunjukkan itu merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.


“Yang amat istimewa ialah semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, biasanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar,” katanya.


Muhyiddin juga menyaksikan dua perjanjian persefahaman (MoU) iaitu antara Jalinan Persefahaman Gerak Waris 4B Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO serta Gerakan Belia 4B Malaysia dan Global Wellness Foundation.