PAS Hanya Alat. DAP Ketua Sebenar


Kerajaan telah berjaya mematahkan pertembungan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian ini telah membawa kepada penubuhan MAGERAN untuk memulihkan kestabilan dan penyususnan semula masyarakat.

Kerajaan juga berjaya cemerlang menghapuskan tindakan militan Ustaz Politik Ibrahim Libya dalam Peristiwa Memali 1985 dan Kumpulan Al-Maunah pada tahun 2000.

Pada tahun 2007 satu percubaan membangkitkan huru-hara melalaui Demonstrasi Bersih 1 telah berjaya diadakan oleh Gerombolan Parti Pembangkang semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pihak Polis sekali lagi berjaya membanteras gerakan yang tidak diperlukan di negara kita ini.

Hari ini para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba mengadakan gangguan sivil untuk mewujudkan suasana kucar-kacir yang tidak dikehendaki oleh seluruh Rakyat Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangkakan akan diadakan pada 9 Julai ini mendapat banyak tentangan daripada rakyat.

Pihak pembangkang lupa bahawa sekarang adalah era Dato' Seri Najib mengetuai kerajaan. Dato' Seri Najib sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat mengatasi segala-galanya.

Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba melupakan bahawa kuasa yang ada pada Dato' Seri Najib adalah kuasa dan mandat yang diamanahkan oleh Rakyat untuk kepentingan rakyat. Maka sebagai langkah permulaan pihak polis sudah merayu, memohon dan memberi amaran supaya demonstrasi ini tidak diteruskan.

Rayuan dan larangan oleh pihak polis ini nampaknya tidak disenangi oleh para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang di negara kita.

Namun itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berdiam diri. Barang siapa pun tidak kira dari pihak mana yang mahu menimbulkan kekacauan di Negara sehingga boleh mengancam keselamatan rakyat, akan ditentang habis-habisan.

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Demonstrasi jalanan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, ianya hanya mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Bersama kita tentang Perhimpunan Bersih 2.0 !