Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011

Majlis Pelancaran Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia,
Piala Perdana 2011


Bertempat di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya.

Dilancarkan oleh YB Dato' Sri Ahmah Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan.


KLINIK FUTSAL BERSAMA FC BLONDE DI GELANGGANG MOKHTAR DAHARI, KOMPLEKS FUTSAL 1 MALAYSIA, PUTRAJAYA

Ketibaan YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin,
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
dan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.


Bersama Pasukan Futsal Daripada Papar, Sabah




Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011

Pendaftaran Pasukan-Pasukan Futsal Wanita Di Bangunan Kementerian Belia Dan Sukan


Taklimat Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011 Oleh FAM


Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan


Majlis Pelancaran Buku "My Heart, My Health" dan Kad Kesihatan telah diadakan di Hotel Istana semalam oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA).

Buku tersebut dilancarkan oleh Y.A Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.


"Kita diingatkan tentang kadar kematian yang tinggi berpunca dari sikap kurang prihatin terhadap penjagaan kesihatan terutamanya penyakit jantung. Pada hari ini nisbah setiap satu daripada tujuh orang di Negara kita adalah pesakit jantung. Ini seharusnya dipandang serius oleh semua peringkat masyarakat dan individu di negara kita". Kata Datin Paduka Seri.


Tujuan buku "My Heart, My Health" diterbitkan adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dan tenaga kerja di Malaysia betapa pentingnya perihal penjagan kesihatan dan amalan cara hidup yang sihat.


Kad Kesihatan yang juga dilancarkan pada hari yang sama, mempunyai saiz seperti Mykad dan mengandungi maklumat pemegang kad tersebut seperti maklumat doktor yang merawat, jenis ubat yang diberi dan jenis alahan. Dengan Kad Kesihatan tersebut, pesakit boleh menerima rawatan di mana-mana pusat rawatan.

Turut hadir di Majlis Pelancaran tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga bertanggungjawab sebagai Penasihat Program.

Jom Pergi Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011



Jom semua ahli-ahli Puteri. Kita ke Putrajaya pada 30hb April 2011 ini. Bersama-sama kita meriahkan acara Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011.

Bertempat di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya.

Mari kita datang beramai-ramai memberi sokongan kepada peserta-peserta Puteri kita !

Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 3


YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin memberikan ucapan pada petang itu.


"Pertemuan secara bertentang mata tentunya membuka ruang yang lebih luas untuk kita beramah mesra, jangan pula apabila bertentang mata lidah kelu nak berkata-kata. Jika ada pertanyaan yang terpendam di hati, inilah harinya untuk luahkan segala-galanya. Jika ada idea untuk dikongsi kearah memantapkan Pergerakan Puteri UMNO atau berhubung kait dengan kementerian saya, maka saya kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Hari ini adalah hari untuk saya dan anda semua bermesra, bertukar cerita dan berkenalan dengan lebih lanjut lagi." Ujar YB Datuk Rosnah.






Sesi Cabutan Bertuah juga diadakan bagi memeriahkan majlis. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Rosnah kepada para hadirin yang bertuah pada hari itu.




YB Datuk Rosnah beramah mesra dengan rakan Media yang hadir pada petang itu.




Semangat 1Malaysia amat penting bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. YB Datuk Rosnah amat menghargai sokongan daripada rakan-rakan Facebook, Twitter dan juga Rakan Media yang banyak menyokongnya sehingga beliau berjaya di peringkat sekarang.


Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 2

Pada Jam 2.30 petang, Datuk Rosnah Rashid Shirlin tiba di Laman Tiba, Titiwanga. Ketibaan beliau di sambut meriah oleh orang ramai yang hadir untuk beramah mesra secara terus bersama YB Datuk.

Pada petang itu juga, hujan telah mula turun dengan lebatnya, dan ini tidak banyak, sedikit telah menyukarkan perjalanan program. Namun apa yang mengharukan, YB Datuk seperti tidak mengendahkan situasi tersebut, malah YB Datuk tetap ceria dan rela meredah hujan demi bersama rakan-rakan Facebook, Twitter dan Wakil Media.








Para hadirin terdiri daripada pelbagai kaum, malah mereka juga membawa anak-anak mereka bersama-sama memeriahkan lagi suasana program.


YB Datuk Rosnah melawati khemah yang menempatkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk orang ramai yang hadir pada petang itu.



Seimbas Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media - Part 1

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada kami ahli Pergerakan Puteri UMNO untuk bersama-sama menjayakan Program Sembang Petang, Sihat Bersama Dengan Rakan FB, Twitter dan Media yang dianjurkan sendiri oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan program tersebut diadakan di Laman Tiba, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Hari ini.

Program yang bermula pada jam 2 petang tadi, telah dihadiri oleh hampir 1000 hadirin yang terdiri daripada rakan-rakan Facebook dan Twitter YB Datuk Rosnah, dan juga wakil-wakil Media.

Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi orang ramai yang berminat. Jelas perkhidmatan yang disediakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.