Perasmian 1Belia, 1Puteri dan Perhimpunan " Pink Village "

Perasmian 1Belia, 1Puteri dan Perhimpunan " Pink Village "







Pergerakan Puteri UMNO telah melancarkan Program 1Belia 1Puteri pada 27 Mei 2011 sempena Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya. Majlis telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Pada hari perhimpunan terbesar dalam sejarah yang dihadiri golongan belia tersebut, Puteri UMNO telah mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan "Pink Village" dimana perhimpunan ini telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 ahli Puteri UMNO daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Turut menyerikan perhimpunan Pink Village tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan Penyanyi terkenal, Hattan.






Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melahirkan rasa kagumnya dengan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh Ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada perhimpunan Sejuta Belia ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, menyifatkan sikap yang ditunjukkan itu merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.


“Yang amat istimewa ialah semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, biasanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar,” katanya.


Muhyiddin juga menyaksikan dua perjanjian persefahaman (MoU) iaitu antara Jalinan Persefahaman Gerak Waris 4B Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO serta Gerakan Belia 4B Malaysia dan Global Wellness Foundation.


KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM KPG GAHAL HULU LANGAT

21 Mei 2011: GAMBAR TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT

Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.


Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.



Ahli bomba dan penduduk kampung bekerjasama mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang ini, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.


Update-5:40 PM



Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.


Update -7:00PM



Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui

Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.


Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bakri




Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bakri

Bertempat di : Dewan Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Parit Yusof
Tarikh : 8 Mei 2011
Masa : 2.00 Petang

Dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut Hadir :

1. YBhg. Dato' Saipolbahari B. Hj Suib, Ketua UMNO Bahagian Bakri
2. Saudari Hanizarafida Bt. Md Sukri, Ketua Puteri UMNO Bahagian Bakri


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau



Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau

Bertempat di : Hotel Crystal Crown, Johor Bahru
Tarikh : 8 Mei 2011
Masa : 9.00 Pagi

Dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut Hadir :

1. YBhg. Datuk Hj Maulizan Bin Bujang, Ketua UMNO Bahagian Tebrau
2. Saudari Aminah Binti Sahak, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau





Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu



Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu

Bertempat di : Mandarin Hall, Tingkat 2, Tang Dynasty Hotel
Tarikh : 7 Mei 2011
Masa : 2.00 Petang

Dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Turut Hadir :

1. YBhg. Datuk HJ Faisyal Datuk YH Diego
2. YBhg. Puan Hajah Musliati Moslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah